‘Aura Lee Lam Thye’ bawa mesej keharmonian antara kaum

Lam Thye
Lam Thye
A
A
A

SHAH ALAM- Kepentingan menjaga keharmonian kaum di negara ini antara yang cuba disampaikan aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye menerusi bukunya ‘Aura Lee Lam Thye’.

Lam Thye, 76, berkata, beliau menganggap penghasilan buku tersebut adalah bertujuan menyedarkan bahawa kehidupan masyarakat berbilang kaum dalam negara ini bukanlah satu ancaman.

Jelas bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang itu, buku setebal 324 muka surat tersebut menceritakan antaranya pengalaman beliau ketika dilantik sebagai wakil rakyat semasa krisis kaum 13 Mei 1969.

“Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan antara titik hitam yang berlaku dalam sejarah Malaysia, melalui insiden itu saya berpandangan sangat penting untuk kita semua mengambil pelajaran daripadanya kerana ia menjadi pengalaman pahit buat rakyat pada masa tersebut.

“Semua individu yang terlibat dengan politik perlu memastikan insiden berkenaan tidak berulang pada masa akan datang,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Kepentingan menjaga keharmonian kaum di negara ini antara yang cuba disampaikan aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye menerusi bukunya ‘Aura Lee Lam Thye’.
Kepentingan menjaga keharmonian kaum di negara ini antara yang cuba disampaikan aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye menerusi bukunya ‘Aura Lee Lam Thye’.

Justeru, beliau berharap menerusi buku tersebut, masyarakat akan sentiasa mempunyai kesedaran untuk menghormati antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan warna kulit.

“Kita pegang prinsip kesederhanaan dalam hal ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin itu dikarang oleh wartawan Sofeah Chok Suat dan P Selvarani.

Ia turut menceritakan tentang perjalanan hidupnya yang sentiasa terlibat dengan khidmat bantuan kepada masyarakat sama ada ketika masih menjadi ahli politik atau setelah persaraannya.

“Buku ini sebagai suntikan dan motivasi kepada anak muda untuk sentiasa berkhidmat kepada masyarakat,” ulas Lam Thye.