Putin tandatangani dekri kemerdekaan Kherson, Zaporizhzhia

Putin
Putin
A
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada awal Jumaat menandatangani dekri mengiktiraf kemerdekaan wilayah Kherson dan Zaporizhzhia di Ukraine yang ditawan oleh tentera Rusia, lapor Agensi Anadolu.

Pungutan suara (referendum) untuk menyertai Rusia diadakan antara 23 hingga 27 September di Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk, yang berada di bawah kawalan kumpulan pemisah pro-Rusia, dan di wilayah Kherson dan Zaporizhzhia.

Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata, satu upacara akan diadakan di Istana Kremlin pada Jumaat untuk penggabungan wilayah itu dengan Rusia.

Referendum itu menerima kutukan meluas masyarakat antarabangsa dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat mengatakan wilayah itu tidak akan diiktiraf.

Rusia mengiktiraf kemerdekaan kerajaan pemisah di Donetsk dan Luhansk pada 21 Februari. - Bernama

Artikel Berkaitan: