Hari Jantung Sedunia 2022

No Image Caption
A
A
A

Orang ramai mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti sukan bola tampar pantai bersama rakan di Pantai Ramsey Point ketika tinjauan sempena Hari Jantung Sedunia 2022 hari ini.

Hari Jantung Sedunia disambut pada setiap 29 September setiap tahun. Pada tahun ini, tema Hargai Jantung Sayangi Kehidupan (Use Heart For Every Heart) dipilih bagi meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan jantung di kalangan masyarakat.

Penyakit jantung adalah penyumbang terbesar kepada kematian di seluruh dunia.

Menurut kenyataan terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di mana 18,515 kematian atau 17.0 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan berpunca daripada penyakit jantung.

Bersenam dan bersukan dapat menguatkan tulang dan otot, mengurangkan berat badan, mengurangkan risiko penyakit diabetes, meningkatkan paras hormon endorfin dan dapat meningkatkan kesihatan jantung.

Artikel Berkaitan: