Tinjauan orang ramai di Zoo Negara

A
A
A
Orang ramai mengunjungi Zoo Negara pada cuti hujung minggu bersama keluarga walaupun keadaan cuaca panas pada waktu tengah hari dan hujan di sebelah petang berikutan peralihan monsun sehingga Mei.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan negara ketika ini masih lagi berada dalam cuaca panas dan dijangka akan berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang iaitu sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.

Menurut data kemaskini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu, dua kawasan berkenaan mencatatkan gelombang haba tahap kuning iaitu merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.