Remaja maut digilis treler

Lokasi di mana kemalangan berlaku. (Gambar kecil: Keadaan motosikal dinaiki mangsa.)
Lokasi di mana kemalangan berlaku. (Gambar kecil: Keadaan motosikal dinaiki mangsa.)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 21, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kemalangan sekitar jam 5 petang itu dipercayai berlaku apabila mangsa, Muhamad Asyraafi Jamil, 18, bergesel sebelum digilis treler tersebut.

“Penunggang motosikal dari arah Ulu Tiram menghala ke Johor Bahru telah bergesel dengan treler yang juga dari arah yang sama. Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta hilang kawalan lalu terjatuh dan digilis treler,” katanya di sini, semalam.

Ismail berkata, sistem jalan di lokasi terbabit adalah dua lorong sehala selain cuaca ketika itu baik dan kering serta keadaan lalu lintas tidak sesak.

Katanya, tiada saksi bebas tampil membuat laporan setakat ini, dan tidak ada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

“Mangsa yang cedera teruk di kepala, tangan dan kaki meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala pemandu treler berusia 47 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Artikel Berkaitan: