Penganggur ditahan hina polis di TikTok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang penganggur ditahan kerana menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam media sosial TikTok di rumahnya di Permas Jaya di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung video yang tular itu pada jam 5 petang sebelum berjaya mengesan pemilik video TikTok terbabit sekali gus menahan lelaki tersebut.

"Suspek berusia 22 tahun dan tidak bekerja ditahan anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

"Tajuk isi kandungan video terbabit secara langsung merupakan satu penghinaan kepada PDRM.

"Hasil tangkapan tersebut, pihak polis merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek untuk memuat naik video di TikTok," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, suspek dipercayai berbuat demikian dengan alasan mengejar populariti serta tumpuan daripada pengguna TikTok.

"Kes disiasat di bawah 504 kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1988," katanya.

Artikel Berkaitan: