Ekonomi Malaysia di landasan kukuh, stabil: Tengku Zafrul

Tengku Zafrul - Foto Bernama
Tengku Zafrul - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedudukan ekonomi Malaysia pada ketika ini berada di landasan yang kukuh dan stabil, walaupun diancam ketidakstabilan ekonomi global yang dicetuskan oleh ketegangan geopolitik dan faktor luar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif mengawal pergerakan ekonomi semasa bagi memelihara kesejahteraan Keluarga Malaysia.

"Kerajaan dengan kerjasama sektor swasta dan awam telah berjaya menyokong perniagaan tempatan dan merangsang ekonomi melalui dasar yang responsif dan bertanggungjawab serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara yang baik pada kadar 8.9 peratus dengan kadar pengangguran 3.7 peratus.

"Ini termasuklah sokongan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), khususnya pelancaran Prinsip Tadbir Urus Baik (PGG) sebagai garis panduan kemampanan tadbir urus GLIC,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat (LKR) Ke-113 di sini pada Khamis.