'Perkhidmatan baik, tapi waktu menunggu lama' - KJ

Khairy ketika mengadakan lawatan mengejut di Klinik Kesihatan Dengkil seperti dikongsikan di Facebooknya pada Khamis.
Khairy ketika mengadakan lawatan mengejut di Klinik Kesihatan Dengkil seperti dikongsikan di Facebooknya pada Khamis.
A
A
A

DENGKIL - Klinik baharu diperlukan bagi mengatasi masalah kesesakan pesakit yang berurusan di Klinik Kesihatan Dengkil.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan mengejut dan mengesan beberapa masalah di klinik kesihatan tersebut.

"Walaupun perkhidmatan yang diberikan adalah baik, tapi kawasan sesak, waktu menunggu lama dan tempat letak kenderaan tak cukup," katanya menerusi perkongsian di Facebooknya pada Khamis.

Justeru beliau berkata, pihaknya telah meluluskan segera penambahan bangunan untuk klinik ibu dan anak, mesin ultrasound dan biochem.

"Setuju Dengkil perlu ada klinik kesihatan baharu. Sambungan bangunan cuma penyelesaian jangka pendek. Klinik kesihatan baharu akan dimohon juga.

Khairy memaklumkan akan ada berita baik untuk warga Cyberjaya berhubung klinik kesihatan baharu.
Khairy memaklumkan akan ada berita baik untuk warga Cyberjaya berhubung klinik kesihatan baharu.



"Banyak pelaburan diperlukan untuk meningkatkan khidmat kesihatan primer.

"Seminggu dua lagi, akan ada berita baik buat warga Cyberjaya," katanya.

Artikel Berkaitan: