Ditawar RM300 juta, Gordon selesa di Everton

Gordon mahu fokus kepada Everton berbanding terlalu memikirkan masa depan yang terlalu jauh. -Foto Agensi.
Gordon mahu fokus kepada Everton berbanding terlalu memikirkan masa depan yang terlalu jauh. -Foto Agensi.
A
A
A

PEMAIN muda, Anthony Gordon meluahkan rasa selesa untuk terus kekal bersama Everton di sebalik spekulasi tawaran lumayan mencecah £60 juta (RM300 juta) pada musim panas lalu.

Pemain berusia 21 tahun itu mahu fokus kepada apa yang berlaku dalam tempoh terdekat ini berbanding terlalu memikirkan masa depan yang terlalu jauh, lapor Metro UK.

"Mahu kekal merendah diri. Anda perlu fokus pada hari ini dan esok dan jangan melihat terlalu jauh ke masa depan.

"Ia sebahagian daripada bola sepak. Apabila anda melakukannya dengan baik, pasti akan timbul spekulasi seperti itu.

"Di sini (Everton) sangat bagus, ia bukan tempat yang mengecewakan kerana saya mahu kekal. Saya tidak pernah terdesak untuk meninggalkan Everton," katanya.

Tonggak England Bawah 21 tahun (B-21) itu dilaporkan menjadi rebutan Tottenham dan Chelsea yang sanggup membayar £60 juta (RM300 juta), tetapi rundingan itu gagal dimuktamadkan.

"Itulah bola sepak pada masa kini, ia benar-benar gila. Secara peribadi, saya tidak fikir mana-mana pemain bernilai setinggi itu, tetapi saya juga tidak akan meremehkan diri sendiri.

"Wang dalam bola sepak, begitulah keadaannya pada masa ini. Pada hari ini segalanya potensi perlu anda bayar. Begitulah cara bola sepak berlangsung," katanya.

Artikel Berkaitan:

Gordon enggan terlalu fokus dengan tawaran lumayan itu kerana wang bukan segala-galanya dan ia bukan di bawah kawalan diri sendiri.

"Saya tidak terlalu fokus ke arah itu kerana saya hanya boleh mengawal apa yang boleh sahaja.

"Saya fikir sebaik sahaja anda memikirkan bahawa anda bernilai £60 juta (RM300 juta) hanya ada satu cara yang boleh anda lakukan," katanya.