Guardiola mahu Gundogan kekal bersama City

Ilkay Gundogan
Ilkay Gundogan
A
A
A

PRESTASI cemerlang Ilkay Gundogan semasa membantu Manchester City membenam cabaran Everton, 3-0 di Stadium Goodison Park pada Sabtu mendapat pujian Pep Guardiola ketika penyandang juara itu melebarkan kedudukan mata pendahulu liga.

Malah bekas pengendali kelab Bundesliga, Bayern Munich itu menegaskan berhasrat mengekalkan khidmat pemain tengah The Citizens berkenaan.

“Dia menunjukkan kualiti dan kepentingannya kepada kemajuan kelab pada musim ini.

“Komitmennya kepada kami semua di kelab, ia bukan sekadar menjaringkan gol, dia mempunyai meneruskan momentumnya seperti ketika menentang Leeds United, dan dia sekali lagi boleh melakukan segala-galanya,” kata Guardiola.

Sebagai rekod, Gundogan sebelum ini telah dikaitkan dengan khabar angin dengan kelab gergasi LaLiga, Barcelona.

"Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku, mungkin dia kekal. Mudah-mudahan," ujar Guardiola.

Sementara ketika ditanya sama ada dia telah melobi pengurusan kelab untuk mengekalkannya, pengendali Sepanyol itu menjawab: “Ya, saya telah pun memberitahu mereka untuk mengekalkan khidmat Gundogan.

“Kapten bukanlah seorang pemimpin yang lantang, tetapi apabila dia bercakap, semua orang mendengar. Ini adalah kuasa seorang pemimpin."

Dengan tiga perlawanan berbaki, City tampak sukar digugat dalam usaha untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris kali ketiga berturut-turut, mencatat kemenangan ke-11 berturut-turut pada Ahad, selain juga tidak tewas dalam 22 perlawanan dalam semua pertandingan.

Angkatan Guardiola, juga memburu kejuaraan Liga Juara-Juara pertama mereka dan mara ke final Piala FA, dijangka melakukan perubahan pantas sebelum melayan kunjungan Real Madrid dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara pada Khamis.