Air pasang besar: Dua PPS dibuka di Klang

Penduduk di Kampung Sungai Sireh dipindahkan ke PPS berdekatan akibat banjir yang melanda kawasan itu pada pagi Rabu.
Penduduk di Kampung Sungai Sireh dipindahkan ke PPS berdekatan akibat banjir yang melanda kawasan itu pada pagi Rabu.
A
A
A

KLANG - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang membuka dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini bagi menempatkan mangsa banjir berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat pada pagi Rabu.

Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang menerusi satu kenyataan di Facebook memaklumkan, mangsa banjir dari Kampung Delek Baru dipindahkan ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek.

Menurut kenyataan itu, mangsa banjir dari Kampung Sungai Sireh Tambahan pula dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sireh.

"Mangsa banjir yang memerlukan bantuan boleh hubungi wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau terus ke PPS berkenaan.

"Laporkan sebarang kejadian banjir kepada talian perhubungan bencana Daerah Klang yang disediakan," kata kenyataan itu pada Rabu.

Dalam kenyataan berasingan, PTD Klang memaklumkan ketinggian air di dua kawasan dalam daerah tersebut iaitu Bandar Klang dan Tugu Keris berada dalam paras bahaya setakat jam 7.15 pagi, manakala Kampung Rantau Panjang pada tahap berjaga-jaga.

Namun kemas kini setakat jam 9 pagi menunjukkan ketiga-tiga kawasan tersebut kini berada dalam tahap berjaga-jaga.

Artikel Berkaitan: