Presiden Sri Lanka utamakan laksana FTA dengan Singapura

Wickremesinghe
Wickremesinghe
A
A
A

COLOMBO - Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe pada Selasa berjanji akan mengutamakan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Singapura semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, di Tokyo.

Dalam pertemuan itu, Wickremesinghe memaklumkan kepada perdana menteri Singapura bahawa pejabat Presiden akan membuka pejabat perdagangan antarabangsa, lapor Xinhua.

Wickremesinghe turut menjemput Hsien Loong melawat Sri Lanka tahun depan sempena sambutan ulang tahun ke-75 kemerdekaan negara itu.

Hsien Loong pula berkata, Singapura tidak sabar untuk sekali lagi melabur di Sri Lanka, menurut Bahagian Media Presiden. - Bernama

Artikel Berkaitan: