Serangan Novichok: Rusia terus nafi

 Yakovenko (kanan) menegaskan Moscow bukan dalang di sebalik serangan Novichok di Britain.
Yakovenko (kanan) menegaskan Moscow bukan dalang di sebalik serangan Novichok di Britain.
A
A
A

LONDON - BRITAIN. Seorang lelaki Britain yang kehilangan pasangannya kerana keracunan agen saraf Novichok dimaklumkan oleh Moscow bahawa mereka bukan dalang di sebalik serangan itu.

Charlie Rowley yang turut terdedah kepada Novichok yang diletakkan dalam botol pewangi ketika kejadian tahun lalu bertemu dengan Duta Rusia ke Britain, Alexander Yakovenko untuk bertanya Moscow jika mereka membunuh teman wanitanya, Dawn Sturgess pada Julai lalu.

"Tetapi, saya masih tidak dapat jawapan. Saya hanya dapat propaganda Rusia. Duta terbabit berterusan menyatakan bahan tersebut bukan Novichok kerana jika ia agen saraf tersebut, ia boleh membunuh semua orang," katanya.

Kedutaan itu dalam satu kenyataan memaklumkan Kremlin masih mahu siasatan telus ke atas serangan di Salisbury pada 4 Mac 2018 dan turut menuduh pihak berkuasa British cuba menyembunyikan kejadian tersebut.

Tahun lalu, pendakwa raya British mengenal pasti dua warga Rusia yang menggunakan identiti Alexander Petrov dan Ruslan Boshirov yang didakwa cuba membunuh bekas perisik Moscow, Sergei Skripal dan anak perempuannya dengan agen saraf gred tentera.

Sehingga kini, Rusia menafikan sebarang penglibatan mereka dalam kejadian itu. - Reuters

Artikel Berkaitan: