Air pasang besar: Paras air di Klang, Kuala Langat terkawal

Keadaan Pantai Kelanang di Kuala Langat masih terkawal ekoran fenomena air pasang besar.
Keadaan Pantai Kelanang di Kuala Langat masih terkawal ekoran fenomena air pasang besar.
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa lokasi berpotensi banjir akibat fenomena air pasang besar di kawasan Klang dan Kuala Langat masih terkawal meskipun paras air meningkat kepada 5.3 meter pada pagi Selasa.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) memaklumkan, Skuad Pantas menjalankan pemantauan di beberapa lokasi titik panas bagi meninjau fenomena berkenaan.

Menurutnya, antara lokasi yang dipantau ialah Taman Selat Damai, Pandamaran, Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang dan Jeti Nelayan Pengkalan Nelayan Tok Muda di sini.

"Ketinggian paras air maksimum dianggarkan 5.3 meter pada jam 6.52 pagi, namun keadaan masih baik dan terkawal.