Lima termasuk suami isteri ditahan terbabit sindiket dadah

Kamarul Zaman (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam empat serbuan berasingan, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, pada Isnin.
Kamarul Zaman (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam empat serbuan berasingan, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan lima individu termasuk pasangan suami isteri kerana terlibat sindiket pembekalan dadah dalam empat serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Iskandar Puteri, pada Jumaat.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua suspek berusia 22 hingga 32 tahun itu ditahan bersama 21.16 kilogram ganja dan 784 gram syabu bernilai lebih RM67,000.

Katanya, menggunakan modus operandi beroperasi di rumah mewah gated and guarded, sindiket ini dipercayai telah beroperasi sejak Mac lalu.

"Kumpulan ini dipercayai bertindak selaku pembekal, di mana mereka menyimpan dadah berkenaan sebelum menjual dengan mengagihkan kepada kumpulan pengedar kecil-kecilan di pasaran tempatan," ujar beliau.

Kamarul Zaman menunjukkan beberapa kereta yang dirampas dalam empat serbuan berasingan membabitkan dadah, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, pada Isnin.
Kamarul Zaman menunjukkan beberapa kereta yang dirampas dalam empat serbuan berasingan membabitkan dadah, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, pada Isnin.

Dalam serbuan berkenaan, Kamarul Zaman berkata, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM30,650, pelbagai barangan kemas bernilai RM44,413, tiga buah motosikal dan dua buah kereta bernilai RM113,000, rampasan keseluruhan bernilai RM188,063.

Tambahnya, semua suspek kini direman selama enam hari bermula Sabtu 24 untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: