[VIDEO] Lepasan diploma jadi tauke kelapa

Minat mendalam dalam bidang pertanian mendorong Badrul Amin dari Kampung Gong Tengah, Pasir Puteh untuk bergelar tauke kelapa.
Minat mendalam dalam bidang pertanian mendorong Badrul Amin dari Kampung Gong Tengah, Pasir Puteh untuk bergelar tauke kelapa.
A
A
A

PASIR PUTEH - Minat mendalam dalam bidang pertanian mendorong seorang pemuda dari Kampung Gong Tengah di sini untuk bergelar tauke kelapa.

Badrul Amin Hamzah, 26, berkata, dia tidak pernah menyesal untuk bergelar petani meskipun memegang diploma jurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan dari Universiti Cyberjaya.

Dia sebaliknya berbangga apabila tanaman kelapa yang diusahakan seluas 4.56 hektar sejak 2018 mula membuahkan hasil.

"Sejujurnya ramai yang terkejut apabila saya membuat keputusan untuk bertani kerana ada dalam kalangan mereka beranggapan kerjaya ini tidak setaraf dengan kelulusan yang dimiliki.

"Namun berkat sokongan keluarga membuktikan bahawa percaturan saya tidak salah langkah. Malah saya bangga apabila melihat 1,056 pokok kelapa tumbuh subur dan mulai mengeluarkan hasil," katanya kepada Sinar Harian.

Badrul Amin berbangga apabila tanaman kelapa yang diusahakan seluas 4.56 hektar sejak 2018 mula membuahkan hasil.
Badrul Amin berbangga apabila tanaman kelapa yang diusahakan seluas 4.56 hektar sejak 2018 mula membuahkan hasil.

Anak kedua daripada lapan beradik itu berkata, antara jenis kelapa yang ditanamnya ialah Sungai Gulang-gulang (SGG) dan Genjas Niah.

Menurutnya, seramai lima pekerja diupah untuk membantu menguruskan kebun kelapa tersebut.

"Selain menjual buah kelapa, nira juga turut dihasilkan di sini selain mengusahakan jualan santan serta sabut kelapa.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa yang sama dia juga menghasilkan anak benih kelapa untuk dijual kepada mereka yang berminat," katanya.

Badrul Amin berharap usaha dilakukannya menjadi dorongan kepada anak muda lain untuk turut sama menjadikan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan.

"Walaupun pekerjaan ini tidak glamor, namun ia membantu dalam mencukupkan bekalan makanan negara," katanya.