APM Johor siap sedia hadapi musim tengkujuh

Kamal
Kamal
A
A
A

PONTIAN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor terus giat memantau keadaan semasa kawasan dilanda banjir di negeri ini bagi memastikan keselamatan penduduk terus terjamin.

Pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya Kamal Mokhtar berkata, APM Johor bersedia dari segi logistik dan keanggotaan bagi berdepan sebarang kemungkinan pada musim tengkujuh kali ini.

"Hujan lebat pada awal pagi Ahad menyebabkan banyak kawasan rendah dinaiki air.

"Setakat ini melibatkan tiga daerah iaitu Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

"Bukan setakat memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) tetapi APM Johor juga menerima panggilan kecemasan bagi meminta sebarang bantuan susulan kejadian banjir kilat berlaku," katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Agama Kayu Ara Pasong di sini pada Ahad.

Sebelum ini APM Johor dilaporkan sudah mengenal pasti sebanyak 141 kawasan yang kerap berlaku banjir kilat dan banjir besar di negeri ini sejak lima tahun lalu.

Kajian terkini mendapati semua 10 daerah berpotensi banjir termasuk Segamat, Pontian dan Tangkak yang jarang berlaku banjir.

Artikel Berkaitan: