Switzerland buang 10 juta dos vaksin Moderna

Vaksin moderna yang dibangunkan syarikat farmaseutikal dari AS, Moderna, Inc. - Foto Agensi
Vaksin moderna yang dibangunkan syarikat farmaseutikal dari AS, Moderna, Inc. - Foto Agensi
A
A
A

GENEVA - Switzerland terpaksa memusnahkan 10.3 juta dos vaksin Covid-19 dibangunkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Moderna.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, ia tiada pilihan lain kecuali menghapuskan vaksin itu kerana telah tamat tempoh pada Rabu lalu.

Kesemua vaksin yang dimusnahkan itu melibatkan nilai AS$285 juta (RM1.3 bilion).

Pada Jun, portal berita Swissinfo menganggarkan Switzerland mempunyai lebihan 38 juta dos pelbagai vaksin Covid-19 yang akan tamat tempoh sebelum akhir tahun ini. - AFP

Artikel Berkaitan: