Musim terbaik Arsenal angkat trofi EPL

Arsenal perlu memanfaatkan peluang merangkul kejuaraan EPL berikutan ketiadaan pasukan dominan musim ini. - Foto Arsenal FC
Arsenal perlu memanfaatkan peluang merangkul kejuaraan EPL berikutan ketiadaan pasukan dominan musim ini. - Foto Arsenal FC
A
A
A

ARSENAL berpeluang cerah untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, berikutan ketiadaan pasukan dominan.

Malah bekas pengurus legenda The Gunners, Arsene Wenger percaya, skuad kendalian Mikel Arteta juga memiliki pakej lengkap untuk bergelar juara.

"Saya katakan mereka mempunyai peluang yang baik musim ini kerana ketiadaan pasukan yang mendominasi di awal liga seperti musim lalu.

"Saya juga percaya bahawa ini adalah peluang terbaik untuk Arsenal melakukannya musim ini.

“Ya, sudah tentu musim ini sedikit istimewa kerana anda mempunyai Piala Dunia di tengah-tengah perjalanan saingan liga yang luar kebiasaan.

"Anda juga tidak tahu sejauh mana Piala Dunia akan menjejaskan prestasi pemain dan pasukan.

“Namun, saya percaya secara keseluruhan ini peluang terbaik untuk Arsenal mencipta impak luar kebiasaan,” kata Wenger, yang pernah mengendalikan Arsenal dari 1996 hingga 2018.

Untuk rekod, Arsenal yang mendahului liga mengumpul 18 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan diekori rapat juara bertahan Manchester City satu mata di belakang satu mata dan jiran setempat London, Tottenham Hotspur juga dengan 17 mata.

Artikel Berkaitan:

The Gunners bakal melayan kunjungan Tottenham dalam Derbi Utara London di Stadium Emirates pada 1 Oktober ini.