Nafi kenyataan tular MKT UMNO pilih Ahmad Zahid jadi PM

Tangkap layar ciapan Twitter rasmi Ahmad, pada Sabtu
Tangkap layar ciapan Twitter rasmi Ahmad, pada Sabtu
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan kenyataan yang tular di media sosial berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mengangkat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon perdana menteri bagi gabungan BN.

Beliau berkata, sebarang kenyataan dikeluarkan tanpa melalui saluran media rasmi miliknya adalah dikira tidak benar dan palsu.

“Mudah sahaja untuk mengetahui benar atau tidak. Jika ada kenyataan daripada saya, periksa semua saluran media sosial saya iaitu Twitter, Facebook, Instagram dan TikTok.

“Jika tiada, maka ia palsu. Dalam dunia ini memang ada sekumpulan manusia jahat dan bodoh yang kerjanya hanya membuat fitnah,” kata beliau menerusi ciapan di Twitter rasminya, pada Sabtu.

Pada Jumaat, tular sebuah kenyataan memaklumkan bahawa MKT bersetuju untuk memilih Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi BN sebagai calon sesuai untuk menjadi perdana menteri.

Kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa keputusan itu akan dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat MKT, pada Jumaat depan.

Artikel Berkaitan: