Rizab antarabangsa BNM AS$106.3 bilion setakat 15 September

Rizab antarabangsa BNM menyusut kepada AS06.3 bilion setakat 15 September 2022.
Rizab antarabangsa BNM menyusut kepada AS06.3 bilion setakat 15 September 2022.
A
A
A

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menurun kepada AS$106.3 bilion (AS$1=RM4.56) pada 15 September, 2022, daripada AS$108.2 bilion pada 30 Ogos, 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan rizab adalah mencukupi untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$93.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

Aset itu merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM467.81 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM218.76 juta) pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM41.33 bilion).

Sementara itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM157.28 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.44 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM167.85 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13. 69 bilion), deposit lain (RM12.14 bilion), kertas Bank Negara (RM8.4 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.1 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan: