Covid-19 masih belum berakhir: WHO

WHO menegaskan bahawa bahawa krisis Covid-19 yang melanda di dunia masih belum berakhir. - Foto AFP
WHO menegaskan bahawa bahawa krisis Covid-19 yang melanda di dunia masih belum berakhir. - Foto AFP
A
A
A

GENEVA - Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis menyatakan bahawa penamatan krisis Covid-19 masih lagi belum berakhir.

Pada minggu lalu, Tedros memberitahu pemberita bahawa dunia tidak pernah berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menamatkan wabak itu dan penghujungnya sudah di berada di depan mata.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden turut menyatakan dalam temu bual yang disiarkan pada Ahad bahawa pandemik Covid-19 itu sudah berakhir di negaranya.

Bagaimanapun, Tedros ketika bercakap di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York menyatakan kurang keyakinan dengan kenyataan itu.

Beliau menegaskan bahawa dua pertiga daripada penduduk dunia telah diberi vaksin termasuk tiga perempat daripada pekerja kesihatan dan orang tua.

"Kami telah menghabiskan dua tahun setengah dalam terowong yang panjang dan gelap dan kami baru mula melihat cahaya di hujung terowong itu," katanya.

"Ia (tempoh Covid-19 berakhir) masih jauh dan terowong itu masih gelap dengan banyak halangan yang boleh menjerumuskan kita jika kita tidak berhati-hati," ujarnya seperti dilaporkan AFP.

Dalam kemas kini terbarunya, WHO berkata lebih 9,800 kematian dilaporkan pada minggu lepas, turun sebanyak 17 peratus daripada minggu sebelumnya manakala 3.2 juta kes baharu telah dilaporkan. - Agensi

Artikel Berkaitan: