[VIDEO] Lagi pendedahan foto Jho Low di Macau

Tangkap layar foto yang menunjukkan Jho Low (kiri) ketika berada di sebuah pusat membeli belah di Macau.
Tangkap layar foto yang menunjukkan Jho Low (kiri) ketika berada di sebuah pusat membeli belah di Macau.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Wartawan Tom Wright dan Bradley Hope mendedahkan satu foto terbaharu didakwa menunjukkan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low di sebuah pusat membeli belah di Macau, China.

Menurut Bradley, foto tersebut diterima daripada penyiasat persendirian yang merakam gambar Jho Low memakai baju berwarna oren yang membelakangkan kamera.

Bradley berkata, penyiasat persendirian itu turut menunjukkan sebuah foto yang mendedahkan wajah Jho Low pada ketika itu namun beliau tidak dibenarkan untuk berkongsikan gambar berkenaan atas sebab tertentu.

“Jelas sekali terdapat masa yang berbeza apabila Jho Low menjadi individu yang sangat dicari kerana usaha ingin mendapatkan semula wang (telah diseleweng daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tidak jelas siapa yang mengupah penyiasat persendirian ini tetapi ia mungkin kerajaan Malaysia atau perantara kerajaan Malaysia. Tetapi bagaimanapun ia telah dikesan,” ujar Bradley menerusi perkongsian di YouTube bersama Tom pada Jumaat.

Bradley berkata, turut kelihatan di dalam gambar tersebut ialah isteri kepada Jho Low iaitu Jesselynn Chuan Teik Ying yang memakai gaun hitam bersama seorang pembantu dan seorang individu dipercayai merupakan penjaga kepada ahli perniagaan tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua wartawan tersebut tidak mendedahkan mengenai tarikh ketika foto tersebut diambil.

Dalam pada itu, Bradley berkata, dengan mengambil kira nilai AS$8.5 bilion atau RM38.8 bilion diselewengkan daripada 1MDB berbanding jumlah berjaya dipulihkan oleh beberapa kerajaan termasuk Malaysia, Jho Low dilihat masih mempunyai kekayaan yang besar.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kerajaan AS dan United Kingdom (UK) ketika ini dilaporkan berjaya memulihkan aset berjumlah kira-kira 1.4 bilion dolar AS atau RM6.4 bilion merangkumi aset seperti rumah mewah, kapal terbang dan pemilikan saham syarikat.

Tambah beliau, tidak semua wang yang diselewengkan daripada 1MDB berjaya dikesan dan diketahui keberadaannya.

Tom berkata, dengan mengambil kira situasi tersebut, beliau percaya Jho Low masih mempunyai pegangan terhadap berbilion ringgit wang yang diselewengkan daripada 1MDB dan perkara itu juga dilihat menjadi sebab mengapa ahli perniagaan itu mampu kekal bebas.

“Adalah menjadi satu di luar kebiasaan untuk orang yang dalam pelarian (ada kekayaan yang besar).

“Ini adalah satu lagi sebab kenapa rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia perlu sangat marah terhadap fakta bahawa tiada sebarang tindakan diambil (untuk menangkap Jho Low),” ujarnya.

Setakat November tahun lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan sebanyak RM20.53 bilion aset 1MDB telah dipulangkan semula kepada kerajaan Malaysia.

@sinarharianonline Perkara itu didedahkan Wartawan Tom Wright dan Bradley Hope menerusi perkongsian di YouTube #fyp#BuletinTikTok#BeritaDiTikTok#Jho Low #1MDB original sound - Sinar Harian