Dera anak saudara: Suami isteri dituduh di mahkamah esok

Pada 16 September lalu, seorang kanak-kanak lelaki bertindak nekad melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat sebuah kondominium di sini selepas dipercayai didera dan dikurung pada Jumaat. Gambar kecil: Mohamad Farouk

A
A
A

AMPANG - Sepasang suami isteri yang disyaki mendera dua kanak-kanak akan dituduh di Mahkamah Ampang di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pasangan tersebut akan dituduh di mahkamah pada jam 9 pagi.

"Kedua-dua suspek itu akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Jumaat, media melaporkan polis menahan kedua-dua suspek kira-kira jam 6 petang selepas disyaki mendera dua beradik berkenaan.

Suspek wanita adalah adik kepada ibu mangsa yang menjaga dua beradik itu sejak dua tahun lalu selepas bapa kanak-kanak itu meninggal dunia.

Sepasang suami isteri itu direman seminggu bagi membantu siasatan selepas disyaki mendera dua anak saudara mereka.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada seorang diri di rumah cuba melarikan diri dari tingkap sebuah unit kondominium di tingkat empat.

Artikel Berkaitan: