Kegiatan seleweng diesel bersubsidi tumpas

KPDNHEP Negeri Sembilan tumpaskan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi bernilai RM16,125. - Foto KPDNHEP Negeri Sembilan
KPDNHEP Negeri Sembilan tumpaskan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi bernilai RM16,125. - Foto KPDNHEP Negeri Sembilan
A
A
A

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan bersama polis Kontinjen Bukit Aman menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi kira-kira 7,500 liter bernilai RM16,125, pada Rabu.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, jumlah berkenaan membabitkan hasil serbuan di Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban pada jam 1 pagi.

"Pada hari sama KPDNHEP menerima serahan kes penyelewengan minyak diesel bersubsidi daripada Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Seremban.

"Menerusi dua tindakan kes ini, dianggarkan sebanyak 7,500 liter minyak diesel disita untuk tujuan siasatan dengan nilai rampasan sebanyak RM16,125," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Menurutnya, turut disita tiga buah lori serta peralatan-peralatan yang digunakan di tempat serbuan seperti seperti tangki IBC dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan bagi kedua-dua kes adalah RM68,500.

"Dua lelaki berumur 26 dan 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Artikel Berkaitan: