Kereta 'terbang' depan rumah peneroka

Kereta dipandu seorang lelaki terbabas lalu terjunam ke kawasan rumah peneroka di Jalan Aman, Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, pada Rabu.
Kereta dipandu seorang lelaki terbabas lalu terjunam ke kawasan rumah peneroka di Jalan Aman, Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, pada Rabu.
A
A
A

KOTA TINGGI - Sebuah kereta terbabas dan hilang kawalan sebelum terjunam ke halaman sebuah rumah di Jalan Aman, Felda Lok Heng Selatan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu melalui media sosial pada jam 7.30 petang.

"Siasatan mendapati sebuah kereta Nissan Sentra hilang kawalan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di jalan tersebut lalu terjunam dan menghentam bumbung sebuah rumah sebelum jatuh ke halaman rumah.

"Akibat kemalangan tersebut pemandu lelaki berusia 22 tahun cedera di dahi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Hussin berkata, semasa kemalangan keadaan cuaca cerah manakala lalu lintas pula tidak sibuk.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan semasa memandu hingga menyebabkan kemalangan.

Artikel Berkaitan: