Mohamad nafi salah guna kuasa

Mohamad Hasan. - Foto ADAM AMIR HAMZAH
A
A

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan berlaku salah guna kuasa dalam isu beliau memindahkan RM10 juta menggunakan pengurup wang yang berlaku lebih sedekad lalu.

Menurutnya, wang dipindahkan ke London untuk membeli apartmen itu dilakukan dengan betul ketika beliau masih menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

"Kalau hendak laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan, terpulanglah.

"Saya tidak lakukan sesuatu yang salah atau melanggar peraturan ketika memindahkan wang berkenaan," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama BN di sini, hari ini.

Pada satu ceramah di Taman Kelab Tunku semalam, Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar mempersoalkan tentang ketiadaan tindakan terhadap Mohamad yang didakwanya melanggar undang-undang perbankan apabila memindahkan RM10 juta menerusi pengurup wang untuk membeli pangsapuri di London.

Mengulas lanjut, Mohamad juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulkefly minta Tok Mat disiasat


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia