Eropah digesa bersedia kemunculan varian baharu Covid-19

Gambar hiasan - Foto 123rf
Gambar hiasan - Foto 123rf
A
A
A

THE HAGUE - Agensi Perubatan Eropah (EMA) pada Selasa berkata meskipun kes Covid-19 di Eropah menurun, pandemik itu belum berakhir dan setiap negara harus bersedia berdepan gelombang baharu jangkitan.

"Data menunjukkan sejak beberapa minggu lalu terdapat penurunan secara menyeluruh dalam jumlah kes dan kematian disebabkan Covid-19 di Eropah," kata Ketua Strategi Ancaman Kesihatan dan Vaksin EMA Marco Cavaleri pada sidang akhbar.

"Bagaimanapun, musim luruh semakin hampir, dan kita perlu bersedia untuk berdepan gelombang baharu jangkitan," katanya.

Menurut Cavaleri, keadaan yang sama berlaku sejak dua tahun lalu apabila gelombang baharu muncul pada musim luruh dan trend itu mungkin akan kembali tahun ini, lapor Xinhua.

Cavaleri juga menekankan mengeni pentingnya untuk mengesan varian baharu coronavirus.

"Varian Omicron BA.5 masih merupakan varian dominan yang menular di Eropah," kata Cavaleri.

"Kami masih perlu berwaspada terhadap varian lain. Sebagai contoh, BA.4.6 sedang merebak dengan cepat di Amerika Syarikat dan telah pun dikesan di Eropah. Selain itu, varian BA.2.75 juga membimbangkan."

Ketua Pegawai Perubatan EMA Steffen Thirstrup berkata, berdasarkan pembentangan Cavaleri, Eropah masih dilanda wabak itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!