Israel tutup dua wilayah Palestin kerana cuti perayaan

Gambar fail menunjukan askar-askar Israel di wilayah Palestin, Gaza, - Foto AFP
Gambar fail menunjukan askar-askar Israel di wilayah Palestin, Gaza, - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Israel akan menutup dua wilayah Palestin iaitu Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang dijajah Israel menjelang tiga hari perayaan Yahudi, kata tentera rejim Zionis pada Selasa.

Ketika penutupan itu, penduduk Palestin tidak akan dibenarkan meninggalkan Tebing Barat atau Semenanjung Gaza untuk memasuki Israel semasa tahun baharu Yahudi iaitu Rosh Hashana pada akhir bulan ini dan cuti Yom Kippur serta Sukkot pada Oktober depan.

"Semasa penutupan itu, laluan akan dibenarkan hanya dalam kes-kes kemanusiaan, perubatan dan luar biasa," kata tentera rejim Zionis.

Penutupan itu diumumkan ketika tentera Israel telah meningkatkan serbuan di Tebing Barat terutamanya di kawasan Nablus dan Jenin yang mana kumpulan pejuang Palestin masih beroperasi secara aktif di kawasan tersebut.

Operasi itu yang menurut tentera rejim Zionis bertujuan untuk menangkap para pejuang Palestin yang disyaki menentang Israel sering sering kali diikuti dengan pertempuran-pertempuran melibatkan penduduk tempatan.

Berpuluh-puluh penduduk Palestin termasuk anggota kumpulan pejuang telah terbunuh.

Pada Selasa, seorang penduduk Palestin terbunuh dalam pertempuran di bandar Nablus, - Agensi

Artikel Berkaitan: