Flick mengaku silap tinggalkan Bayern
PENGENDALI Jerman, Hansi Flick mengakui melakukan kesilapan ketika melepaskan jawatannya sebagai pengurus Bayern Munich sebelum ini.
Menurut Flick, dia gembira ketika bersama Bayern kerana berjaya melakukan beberapa perubahan yang memberi impak positif kepada pasukan tersebut.
“Sememangnya perbincangan telah berjalan dengan baik, kami cuba duduk berbincang untuk menangani perkara tersebut dan membiarkan semua pihak bersuara.
“Bagaimanapun, saya sangat gembira kami dapat menyelesaikan beberapa perkara,” katanya.
Untuk rekod, di bawah bimbingan Flick, Bayern meraih 64 daripada 72 mata untuk menamatkan musim Bundesliga yang tergendala ekoran Covid-19, sebelum merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara keenam mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Paris Saint-Germain di Lisbon.
Selain itu, dia juga berjaya memenangi gelaran Bundesliga sekali lagi pada musim depan, namun meninggalkan kelab itu untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Jerman.
Dalam pada itu, Flick percaya bekas kelabnya itu mampu untuk mengatasi masalah prestasi yang dihadapi mereka ketika ini.
“Bayern bermain dengan baik pada awal musim. Selepas pusingan ketiga perlawanan, semua orang menyangka pasukan lain tidak mempunyai peluang.
“Kini mereka berada dalam fasa yang agak lemah, tetapi mereka sentiasa mencipta peluang, dan itu menjadikan saya sangat positif,” ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!