Banjir di Bagan Serai pulih sepenuhnya

PPS di Dewan Gunung Semanggol ditutup sepenuhnya pada petang Isnin. - Foto Facebook APM Kerian
PPS di Dewan Gunung Semanggol ditutup sepenuhnya pada petang Isnin. - Foto Facebook APM Kerian
A
A
A

IPOH - Pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Gunung Semanggol tengah hari Ahad bagi menempatkan 12 mangsa banjir daripada tiga keluarga di Kampung Tengah Bukit Semanggol dekat Bagan Serai, ditutup sepenuhnya petang ini.

Pengerusi Bencana Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata, PPS itu ditutup pada jam 1 tengah hari tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan banjir di kawasan kediaman mereka telah surut sepenuhnya.

"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta individu, dan semua pihak yang bertungkus-lumus terlibat menyelaras selia PPS dengan terbaik sepanjang ia beroperasi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Hujan lebat selama beberapa jam awal pagi Ahad menyebabkan kawasan Kampung Tengah Bukit Semanggol di Bagan Serai dilanda banjir kilat dan terpaksa dipindahkan ke PPS yang mula dibuka pada jam 12 tengah hari.

Paras air dikatakan naik setinggi kurang semeter pada kira-kira jam tiga pagi semalam mengakibatkan tiga keluarga terlibat terpaksa ditempatkan di PPS. - Bernama

Artikel Berkaitan: