UMNO parti dangkal jika bubar Parlimen ketika banjir

Izham Hashim
Izham Hashim
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO disifatkan sebagai sebuah parti yang dangkal sekiranya membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika musim banjir pada akhir tahun ini.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Ir Izham Hashim berkata, menjadikan musim banjir sebagai pesta pilihan raya sangat tidak masuk akal apatah lagi sanggup meredah banjir semata-mata untuk berkempen.

Saya masih ingat lagi saat kami meredah banjir di Taman) Sri Muda, Seksyen 25 bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda. Ia tidak seindah seperti yang Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad) Zahid Hamidi bayangkan ini.

"Kenyataan ini menunjukkan UMNO terpisah jauh dari derita rakyat," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad malam.

Ia berikutan ucapan Ahmad Zahid semasa melancarkan jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN), bahawa gabungan itu bersedia untuk berkempen semasa banjir jika Pilihan Raya Umum diadakan pada musim tengkujuh.

Pada Sabtu, Presiden UMNO itu dilaporkan berkata, sekiranya ditakdirkan PRU15 diadakan hujung tahun meskipun beberapa negeri sering dilanda banjir dalam tempoh tersebut, jentera Pemuda gabungan politik itu tetap bersedia mengharunginya.

Dalam pada itu, Izham dalam satu kenyataan berasingan di Facebooknya berkata, kerajaan Selangor telah bersiap siaga menghadapi musim banjir yang dijangka akan berlaku pada November hingga Disember ini.

"Informasi dan amaran banjir juga akan dikeluarkan dari masa ke semasa," menurut Izham yang juga merupakan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor.

Artikel Berkaitan: