Setia SPICE diiktiraf Pusat Konvensyen Lestari Terbaik Asia

Francis Teo (tengah) menerima penganugerahan Pusat Konvensyen Setia SPICE, SP Setia Pulau Pinang sebagai Pusat Konvensyen Lestari Terbaik Asia sempena Anugerah M&C Asia Stella 2022 di Singapura baru-baru ini.
Francis Teo (tengah) menerima penganugerahan Pusat Konvensyen Setia SPICE, SP Setia Pulau Pinang sebagai Pusat Konvensyen Lestari Terbaik Asia sempena Anugerah M&C Asia Stella 2022 di Singapura baru-baru ini.
A
A
A

PUSAT Konvensyen Setia SPICE, SP Setia Pulau Pinang dianugerahkan sebagai Pusat Konvensyen Lestari Terbaik Asia sempena Anugerah M&C Asia Stella 2022 di Singapura baru-baru ini.

Ketua Pusat Konvensyen S P Setia, Francis Teo berkata, penganugerahan pada 23 Ogos lalu adalah hasil usaha cemerlang SP Setia bagi memenuhi matlamat program yang mampan dan inklusif.

Menurutnya, Pusat Konvensyen Setia SPICE terletak di Bayan Lepas digelar sebagai pusat konvensyen berkuasa solar hibrid pertama di dunia dengan ladang solar terbesar di Pulau Pinang.

“Kami mempunyai visi untuk konvensyen kami, demi menjadikannya lebih mampan untuk semua.

"Jadi pada 2015 apabila Setia SPICE dibina, kami memasang panel solar untuk menghidupkan pusat konvensyen dengan tenaga hijau menjadikan pusat konvensyen kami sebagai berkuasa solar hibrid pertama di dunia.

"Hari ini, 50 peratus daripada penggunaan tenaga kami dijana oleh tenaga hijau kami dan kami masih merupakan ladang solar terbesar di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan.

Pusat konvensyen itu mengurangkan 61 tan pelepasan karbon dioksida dengan menghasilkan 984MWh tenaga setahun.

Ini bersamaan dengan mengurangkan pelepasan anggaran 100 unit isi rumah dan 125 kereta sebulan.

Artikel Berkaitan:

Setia SPICE juga memaparkan data panel solar di laman webnya secara terbuka dan boleh diakses bila-bila masa.

Pusat Konvensyen Setia SPICE juga mempunyai bumbung ikonik dengan 654 lampu LED yang menyala pada waktu malam.

Terdapat kawasan lapang seluas 2.43 hektar di kawasan bumbung yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat untuk aktiviti rekreasi luar.

Menyokong gaya hidup mampan, ia juga telah memasang kemudahan hijau seperti stesen pengecas kenderaan elektrik untuk pengunjungnya.