SPRM buka bilik gerakan sempena PRN Pulau Pinang

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Tuan Ruslan Tuan Mat (kanan) meninjau Bilik Gerakan PRN yang akan mula beroperasi Jumaat sehingga pilihan raya selesai pada 13 Ogos depan.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Tuan Ruslan Tuan Mat (kanan) meninjau Bilik Gerakan PRN yang akan mula beroperasi Jumaat sehingga pilihan raya selesai pada 13 Ogos depan.
A
A
A

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang akan membuka Bilik Gerakan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, bilik gerakan berkenaan akan mula dibuka pada Jumaat sehingga 13 Ogos depan dan akan beroperasi selama 24 jam.

"Tujuan Bilik Gerakan ini beroperasi adalah untuk memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan isu-isu kesalahan rasuah sepanjang proses PRN ini pada bila-bila masa,"katanya.

Orang ramai boleh menghubungi SPRM Pulau Pinang di Talian 04-2299262 atau 04-2271982.