Penunggang motosikal maut terjatuh cuba elak kereta

Seorang penunggang motosikal maut selepas hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terjatuh di Jalan Taman Tasik Prima arah Puchong, pada Rabu. - Foto PDRM
Seorang penunggang motosikal maut selepas hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terjatuh di Jalan Taman Tasik Prima arah Puchong, pada Rabu. - Foto PDRM
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sebelum terjatuh dalam kejadian di Jalan Taman Tasik Prima arah Puchong, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 11 malam membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Lc135.

"Siasatan awal mendapati mangsa, penunggang motosikal melalui tempat kejadian cuba mengelak sebuah kereta lalu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan batu di sebelah kiri.

"Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan pada Khamis," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Wan Azlan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan terbabit.

"Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ).

Katanya, kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ratnacristinavaby Kanagaratnam di talian 0179074893.

Artikel Berkaitan: