Asri tabik Melaka United mampu ikat KL City

Aksi penyerang import Melaka United, Ifedayo Olugesun ketika cuba melepasi kawalan kapten KL City, Paulo Josue pada perlawanan di Stadium Hang Jebat. - Foto Melaka United FC
Aksi penyerang import Melaka United, Ifedayo Olugesun ketika cuba melepasi kawalan kapten KL City, Paulo Josue pada perlawanan di Stadium Hang Jebat. - Foto Melaka United FC
A
A
A

KEPUTUSAN seri tanpa jaringan dilakar Melaka United ketika menentang Kuala Lumpur City (KL City) dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat dianggap sebagai sesuatu yang membanggakan.

Malah menurut pengendali Melaka United, Mohd Asri Ninggal, persembahan para pemainnya perlu mendapat pujian apabila terpaksa beraksi dengan serba kekurangan pada perlawanan itu.

Jelasnya, pujian harus diberikan kepada semua pemain kerana berdasarkan prestasi semasa Kuala Lumpur City FC bukan pasukan sembarangan.

“Para pemain telah bermain mati-matian untuk mengekang pasukan lawan walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan hanya seorang tonggak import dapat diturunkan pada perlawanan ini.

“Banyak halangan ditempuh dari minit pertama sehingga tamat perlawanan, mereka telah memberikan segalanya dalam permainan.

“Man of the Match malam ini (tadi) bagi saya ialah penjaga gol, Norazlan Razali yang telah lama tidak diturunkan, namun menggunakan pengalamannya menyelamatkan serangan lawan,” katanya selepas perlawanan pada Khamis.

Sementara itu, pengendali KL City, Bojan Hodak akur dengan keputusan seri itu sambil menyifatkan Norazlan sebagai penghalang utama kepada The Hawks untuk menjaringkan gol.

“Penjaga gol Melaka United beraksi dengan cemerlang apabila berjaya menyelamatkan deretan percubaan yang dilakukan pemain KL City. Malah dia layak dipilih selaku Man of the Match kali ini,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan: