Penahanan inspektor bantu siasatan rampasan syabu

Datuk Mohd Khalil Kader Mohd - Foto Bernama
Datuk Mohd Khalil Kader Mohd - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengesahkan penahanan seorang inspektor polis, pagi semalam, bagi membantu siasatan berhubung rampasan terbesar dadah jenis syabu seberat 2.06 tan, bulan lepas.

Difahamkan, pegawai berkenaan ditahan di rumahnya di sini, oleh sepasukan polis Bukit Aman.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd ketika dihubungi malam ini, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai butiran penahanan itu.

"Ya. Saya boleh sahkan. Selain daripada itu, sila rujuk kepada Bukit Aman," katanya.

Media pada 22 Mac lalu melaporkan, satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah terbesar didalangi rakyat tempatan ditumpaskan membabitkan rampasan dipercayai jenis syabu seberat 2.06 tan dianggarkan bernilai RM103.2 juta.

Rampasan dalam serbuan pada 19 Mac lalu itu merupakan kejayaan kerjasama tiga agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Dalam serbuan pada 7.30 pagi hingga 10 pagi itu, seramai enam lelaki tempatan termasuk dalang utama berjaya ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Ulu Tiram. - Bernama

Artikel Berkaitan: