Ronaldo penting buat Manchester United

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

PELEDAK sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo masih mempunyai peranan besar bersama The Red Devils selepas membantu gergasi Liga Perdana Inggeris itu mengatasi kelab Moldova, FC Sheriff Tiraspol, 2-0 dalam aksi Liga Europa.

Malah pengendali Manchester United, Erik ten Hag juga menyifatkan pemain berusia 37 tahun itu penting dalam menjayakan projek masa depan kelab tersebut.

“Kami boleh menjangkakan situasi ini apabila Ronaldo terlepas pramusim yang menyebabkan dia perlu bekerja lebih keras dan berusaha mendapatkan semula kecergasan untuk menjaringkan lebih banyak gol.

“Apabila bertambah cergas, anda boleh lihat dia semakin menemui sentuhan penyudah dalam setiap percubaan.

"Kami gembira untuknya dan pasukan apabila dia kembali menjaringkan gol, jadi itu sudah cukup bagus.

"Ronaldo juga sedang membina hubungan di sekelilingnya dan saya gembira dengan perkembangan ini," kata ten Hag.

Manchester United yang bertandang ke Tiraspol bagi perlawanan kedua Kumpulan E, melengkapkan tiga mata selepas bintang Portugal itu menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-39.

Anak buah Ten Hag sebelum itu berada di depan menerusi jaringan Jadon Sancho pada minit ke-17 dalam perlawanan yang menyaksikan penguasaan sebanyak 68 peratus milik kelab Inggeris tersebut.

Artikel Berkaitan:

Mengenai prestasi Sancho, ten Hag berkata, "Saya sangat gembira untuk dia.

“Satu lagi gol dan dia sudah menjaringkan banyak gol dalam pramusim sebelum ini.

“Dia bermain dengan baik tetapi saya percaya masih terdapat banyak lagi ruang untuk diperbaiki kerana dia memiliki begitu banyak kemahiran di padang.

"Apabila dia mempunyai kepercayaan dan keyakinan, dia boleh menjadi lebih produktif."

Manchester United memulakan kempen kumpulan dengan langkah kiri selepas dijinakkan kelab La Liga Sepanyol, Real Sociedad 1-0 dalam perlawanan pertama kumpulan di Old Trafford sebelum ini.

KEPUTUSAN

Bodo/Glimt 2-1 FC Zurich

Dynamo Kiev 0-1 AEK Larnaca

Rennes 2-2 Fenerbahce

Real Betis 3-2 Ludogorets

AS Roma 3-0 HJK Helsinki

Union Saint-Gilloise 3-2 Malmo

Braga 1-0 Union Berlin

Real Sociedad 2-1 Omonia Nicosia

Sheriff Tiraspol 0-2 Manchester United

Feyenoord Rotterdam 6-0 Sturm Graz

Midtjylland 5-1 Lazio

Olympiakos 0-3 Freiburg

Qarabag 3-0 Nantes

Trabzonspor 2-1 Red Star Belgrade

Monaco 0-1 Ferencvaros