Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia

Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman dan musibah, diberkati dan dikurniakan kemakmuran serta perpaduan yang berkekalan. - Foto Facebook Istana Negara
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman dan musibah, diberkati dan dikurniakan kemakmuran serta perpaduan yang berkekalan. - Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia 2022.

Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik melalui Facebook rasmi Istana Negara, pada Jumaat.

"Selamat menyambut Hari Malaysia 2022 16 September 2022.

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman dan musibah, diberkati dan dikurniakan kemakmuran serta perpaduan yang berkekalan,” menurut catatan di poster berkenaan.

Hari Malaysia yang disambut 16 September setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia.

Tahun ini, sambutan peringkat kebangsaaan akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka, malam Jumaat.

Ia juga merupakan sambutan peringkat kebangsaan julung kali diadakan di Semenanjung. - Bernama

Artikel Berkaitan: