Persaraan Federer berita sedih

Nadal (kiri) bersama Federer dalam satu kejohanan tidak lama dahulu. - Foto Sportsmanor
Nadal (kiri) bersama Federer dalam satu kejohanan tidak lama dahulu. - Foto Sportsmanor
A
A
A

BINTANG tenis Sepanyol, Rafael Nadal menyifatkan pengumuman pemain Switzerland, Roger Federer untuk bersara merupakan berita sedih bagi arena sukan, khususnya sukan tenis.

Katanya, pengumuman ‘seteru’ utamanya itu nyata agak mengejutkan kerana pemain Sweden yang kini berusia 41 tahun itu dilihat masih berada dalam prestasi yang baik.

“Secara peribadi, pengumuman (Roger) Federer itu ibarat berita sedih buat saya dan juga bagi arena sukan tenis di seluruh dunia.

“Kami sudah lama ‘beraksi’ di gelanggang, meraih kemenangan dan menerima kekalahan dengan hati terbuka.

“Ketika mendengar berita ini, saya berharap agar hari seperti ini tidak pernah hadir...kerana ia memang agak menyedihkan untuk menerima berita seperti ini,” katanya.

Untuk rekod, kedua-dua pemain telah beraksi 40 kali dengan 24 daripadanya dimenangi Nadal.

‘Perseteruan’ antara kedua-dua pemain berkenaan juga dilihat mewarnai arena sukan tenis selama hampir dua dekad dengan menyaksikan kedua-duanya sering bertemu dalam beberapa kejohanan utama dunia.

Justeru, berita pengumuman Federer ternyata mendapat pelbagai respon daripada ramai pemain tenis terkemuka dunia.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Nadal berkata, dia tidak akan melupakan pengalaman beraksi bersama Federer selama ini dan berharap dapat beraksi sekali lagi dan mungkin buat ‘kali terakhir’ di Piala Laver 2022, penghujung bulan ini.

“Kami bakal beraksi dalam Piala Laver bagi mewakili pasukan Eropah. Semoga aksi kali ini akan menjadi aksi terbaik kami bersama-sama,” katanya.