Kemarau gol Ronaldo berakhir

Ronaldo akhirnya menemui sentuhan setelah meledak satu gol ketika membantu United mengalahkan Sheriff 2-0 dalam saingan Liga Europa pada Jumaat. - Foto Agensi
Ronaldo akhirnya menemui sentuhan setelah meledak satu gol ketika membantu United mengalahkan Sheriff 2-0 dalam saingan Liga Europa pada Jumaat. - Foto Agensi
A
A
A

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo mengakhiri kemarau jaringan pada musim ini apabila meledak satu gol dalam kempen Liga Europa pada Jumaat.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan bersama Manchester United, gol sulung kapten Portugal itu hadir ketika membantu The Red Devils menewaskan Sheriff Tiraspol 2-0.

Jaringan dihasilkan menerusi sepakan penalti pada minit ke-39 untuk mengecewakan kelab juara Moldova dalam aksi Kumpulan E itu.

Ronaldo bagaimanapun meraikannya dengan sederhana selepas impiannya mahu meninggalkan Old Trafford untuk bersama kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara menemui jalan buntu.

Jaringan itu pasti melegakan Ronaldo kerana akhirnya dapat menjaringkan gol selepas Jadon Sancho meletakkan United di hadapan pada minit ke-17.

Pengurus United, Erik ten Hag berpuas hati dengan sumbangan Ronaldo itu dan mahu penyerang tersebut berusaha lagi untuk mencapai tahap kecergasan terbaik.

"Apabila anda terlepas beraksi di saingan pramusim, anda perlu bekerja keras untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaik. Dia pasti akan dapat menjaringkan lebih banyak gol selepas itu.

"Anda boleh lihat dia hampir mencapai tahap itu dan apabila cergas sepenuhnya, dia akan mengecewakan lawannya. Bagi saya, dia memberi komitmen penuh kepada pasukan.

Artikel Berkaitan:

"Ronaldo amat memerlukan gol itu selepas sering kali hampir menjaringkan gol.

"Kami gembira melihatnya dan pasukan juga mahukannya menjaringkan lebih banyak gol," katanya.

The Red Devils tewas 0-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan E menentang Real Sociedad.

Kekalahan itu memberi amaran kepada anak buah ten Hag bahawa mereka tidak boleh melakukan kesilapan apabila bertemu Sheriff yang mengalahkan Real Madrid dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim lalu.