X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Ahmad Samsuri dipilih Yang Dipertua Pas Kawasan Marang

Ahmad Samsuri Mokhtar
A
A

MARANG - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dipilih sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Marang yang baharu bagi menggantikan Yahaya Ali yang melepaskan jawatannya hari ini.

Ahmad Samsuri, 49, menang tanpa bertanding dalam pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang diadakan di Dewan Majlis Daerah Marang di sini.

Turut menang tanpa bertanding adalah jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas disandang Mohd Nor Hamzah di samping Naib Yang Dipertua Pas kawasan itu, Ariffin Deraman.

Yahaya ketika berucap menyifatkan masa ini merupakan masa terbaik untuknya melepaskan jawatan itu selepas lima penggal diberi amanah memimpin Pas kawasan Marang.

Beliau berkeyakinan penggantinya mampu menjalankan tanggungjawab memimpin berdasarkan reputasi sangat baik dalam kalangan masyarakat sekali gus boleh menjadikan Pas kawasan itu lebih kuat.

“Pemimpin datang dan pergi adalah lumrah dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi kita sebagai sebuah jemaah dan gerakan Islam.

“Saya yakin orang yang menggantikan tempat saya Insya-ALLAH tidak akan mengecewakan para perwakilan, pemerhati dan ahli,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Marang yang dirasmikan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad di Dewan Majlis Daerah Marang di sini hari ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!