Penerbangan Malaysia-Singapura dijangka pulih suku pertama 2023

Riad (enam dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes pada majlis meraikan penyambungan semula penerbangan AirAsia ke T4 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada Khamis.
Riad (enam dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes pada majlis meraikan penyambungan semula penerbangan AirAsia ke T4 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada Khamis.
A
A
A

[DIKEMAS KINI]KUMPULAN syarikat penerbangan di bawah Capital A, AirAsia Berhad menyasarkan pengoperasian laluan dari Malaysia-Singapura pulih sepenuhnya menjelang suku pertama 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat berkata, penerbangan antara kedua negara ketika ini melibatkan 15 pesawat setiap hari menerusi beberapa lokasi antaranya Pulai Pinang, Sibu dan Kota Kinabalu.

“Menjelang Disember tahun ini, kita jangka penerbangan Malaysia-Singapura mencapai 86 peratus.

“Kini AirAsia sedang melakukan operasi seperti sebelum Covid-19, iaitu 15 penerbangan dari Malaysia ke Terminal 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan pada Disember nanti diharap dapat mencapai 20 penerbangan sehari,” katanya ketika ditemui di T4 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada Khamis.

AirAsia meraikan penyambungan semula pengoperasian penerbangannya ke T4 lapangan terbang itu pada Khamis setelah beroperasi dari Terminal 1 sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.

Dalam pada itu, Riad memaklumkan, syarikat penerbangan itu telah menempah pesawat baharu bagi memenuhi permintaan dan keperluan seluruh operasi kumpulan sebagai usaha meluaskan operasinya di Indonesia dan Filipina juga Malaysia.

Riad Asmat
Riad Asmat

Ketika ini katanya, sebanyak 90 pesawat digunakan bagi memenuhi permintaan di Malaysia sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Berdasarkan permintaan dan situasi semasa, mempunyai 90 pesawat sudah lebih daripada cukup, sekurang-kurangnya untuk setahun lagi," katanya.

Sementara itu bagi meraikan pengoperasian semula di T4, AirAsia menawarkan penerbangan dari Singapura ke beberapa destinasi terkenal termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Miri, Bangkok dan Phuket bermula daripada SGD38 (RM122).

Penumpang juga boleh menaiki penerbangan melalui Kuala Lumpur dan Bangkok (Thailand) menuju destinasi menarik seperti Kuala Terengganu, Nha Trang (Vietnam), Chiang Mai (Thailand) dan Trichy (India).