Rentak padu Real Madrid

Varverde (kiri) menyumbat satu gol ketika membantu Real Madrid mengalahkan RB Leipzig 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara. Foto Agensi.
Varverde (kiri) menyumbat satu gol ketika membantu Real Madrid mengalahkan RB Leipzig 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara. Foto Agensi.
A
A
A

KELAB gergasi Sepanyol, Real Madrid mengekalkan rentak cemerlang 100 peratus dalam saingan Liga Juara-Juara.

Ledakan lewat permainan Federico Valverde dan Marco Asensio membolehkan Los Blancos meraih kemenangan 2-0 ke atas RB Leipzig, pada Khamis.

Perlawanan hampir berakhir mengecewakan buat juara 14 kali itu sehingga Valverde memecah kebuntuan menerusi jaringannya pada minit ke-80 di Santiago Bernabeu.

Pemain gantian, Asensio kemudian menambah jaringan dalam masa kecederaan, bermula daripada sepakan percuma Toni Kroos.

Kemenangan itu mengekalkan Real di carta Kumpulan F dengan enam mata, mengatasi Shakhtar Donetsk yang mengumpul empat mata.

Ia juga adalah kemenangan kelapan Los Blancos dalam semua pertandingan musim ini.

"Dengan keupayaannya, saya beritahu (Valverde) jika dia tidak mampu menjaringkan 10 gol dalam semusim, saya akan buang lesen kejurulatihan saya.

"Kakinya amat berbisa," kata pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti.

Artikel Berkaitan:

Ketika kedua-dua pasukan seakan buntu untuk membuka jaringan, pemain tengah Uruguay, Valverde yang bergerak dari sayap kanan memecah kebuntuan dengan sepakan lencong menggunakan kaki kirinya.

Ia adalah gol ketiganya dalam enam perlawanan, selepas jaringan ke atas Celta Vigo dan Mallorca.

Asensio turut membuktikan kemampuannya untuk terus mendapat kepercayaan Ancelotti.