'Bukan keputusan kami mahukan'

Potter
Potter
A
A
A

HASRAT pengendali baharu Chelsea, Graham Potter untuk memulakan tugasan baharu di Stamford Bridge dengan tiga mata pertama di pentas kejuaraan berprestij kelab Eropah tidak kesampaian apabila diikat kelab liga Austria, RB Salzburg 1-1.

Bekas pengendali Brighton & Hove yang tampil dengan reputasi tinggi warga kelab London selepas pemecatan Thomas Tuchel susulan kekalahan 0-1 kepada kelab liga Croatia, Dinamo Zagreb dalam perlawanan pertama Kumpulan E Liga Juara-Juara itu seakan berdepan penyudah lesu pada babak pertama.

Bagaimanapun usah gigih tidak mengenai jemu bekas penyerang sensasi Manchester City, Raheem Sterling akhirnya meletakkan kelab London itu di hadapan pada minit ke-48, selepas menyudahkan sentuhan Mason Mount untuk melepasi Philipp Kohn.

Namun begitu anak buah Matthias Jaissle yang tidak terkesan dengan gol awal itu selain penguasaan 73 peratus permainan tuan rumah, kembali dengan gaya lebih agresif memburu gol penyamaan.

Kelab yang mengikat gergasi Serie A, AC Milan 1-1 di Red Bull Arena Salzburg sebelum ini akhirnya menemui gol penyamaan yang hadir menerusi Noah Okafor yang mudah menewaskan

Cesar Azpilicueta dan Thiago Silva pada minit ke-75'.

Keputusan di bumi London itu secara tidak langsung menyempitkan laluan bekas juara edisi 2021 untuk meloloskan diri peringkat kumpulan E.

"Ya, keputusan yang amat mengecewakan di Stamford Bridge, namun para pemain telah memberikan sehabis baik dalam perlawanan ini.

Artikel Berkaitan:

"Kami mengawal permainan selama 90 minit, namun sepanjang tempoh itu masih gagal menjelmakan tambahan jaringan selepas gol pertama, sebaliknya lawan berjaya menyamakan kedudukan.

"Ia sentiasa menjengkelkan apabila anda bolos, namun secara keseluruhan persembahan pertahanan adalah baik.

"Pasukan ini memerlukan beberapa penambahbaikan kerana ini bukan keputusan yang kelab mahukan namun kami mengambil pengajaran keputusan ini," kata Potter.


KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA


Manchester City 2-1 Borussia Dortmund

Real Madrid 2-0 RB Leipzig

Juventus 1-2 Benfica

Chelsea 1-1 RB Salzburg

AC Milan 3-1 Dinamo Zagreb

Shakhtar Donetsk 1-1 Celtic

Rangers 0-3 Napoli

Copenhagen 0-0 Sevilla

Maccabi H 1-3 Paris Saint-Germain