Aksi Arsenal-City ditangguh, beri laluan Arsenal-PSV Eindhoven

Stadium Emirates laman keramat Arsenal. FOTO: Arsenal
Stadium Emirates laman keramat Arsenal. FOTO: Arsenal
A
A
A

PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal menentang Manchester City, Oktober ini ditangguhkan bagi memberi laluan aksi Liga Europa, kelab London itu menentang PSV Eindhoven, menurut Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu.

Perlawanan peringkat Kumpulan A, Arsenal dan PSV di Stadium Emirates pada Khamis lalu, ditangguhkan berikutan kekurangan anggota keselamatan yang terlibat bagi majlis pengebumian Ratu Elizabeth II, dijadualkan berlangsung pada 21 Oktober.

"UEFA berterima kasih kepada Liga Perdana Inggeris dan kelab-kelab berkenaan atas fleksibiliti dan kerjasama dalam penjadualan semula aksi Liga Europa UEFA," kata UEFA dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Liga Perdana Inggeris berkata, tarikh baharu bagi perlawanan liga Arsenal dan City akan diumumkan kemudian.

Arsenal kendalian Mikel Arteta yang kini mengemudi saingan liga akan bertandang ke Stadium Komuniti Gtech bagi perlawanan menentang Brentford pada Ahad.

Artikel Berkaitan: