Wanita dilarikan empat lelaki bersenjata

Seorang wanita berusia 36 tahun dipercayai diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Palekbang di sini pada Selasa. - Gambar hiasan 123RF
Seorang wanita berusia 36 tahun dipercayai diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Palekbang di sini pada Selasa. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

TUMPAT - Seorang wanita berusia 36 tahun dipercayai diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Palekbang di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, mangsa, Rosnazirah Mohd Naim didakwa dilarikan empat lelaki dengan menggunakan kereta jenis Toyota Vios berwarna perak.

Suspek turut didakwa mempunyai senjata semasa melarikan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah dalam satu kenyataan pada Rabu mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan wanita berkenaan.

"Kes masih dalam siasatan," katanya.

Beliau juga memohon kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dengan insiden terbabit boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di talian 09-7257222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan 09-7450999.

Artikel Berkaitan: