Ibrahimovic belum mahu bersara

Zlatan Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic
A
A
A

PEMAIN veteran Sweden, Zlatan Ibrahimovic mengakui dia masih belum ada perancangan untuk bersara dalam masa terdekat.

Menurut Zlatan, meskipun sebelum ini mengalami kecederaan lutut, namun beliau berjanji akan kembali beraksi dalam masa terdekat dan cuba memberikan aksi yang terbaik.

“Saya akan kembali dalam masa terdekat dan masih belum ada hasrat untuk bersara.

“Saya tidak mahu menyerah kalah lagi dan cuba kembali semula dalam bola sepak,” katanya.

Sebelum ini, penyerang yang berusia 41 tahun pada bulan depan itu menjalani pembedahan anterior cruciate ligament (ACL) pada Mei lalu.

Bagaimanapun kecederaan yang dialami Zlatan itu sedikitpun tidak menjejaskan peluangnya untuk menandatangani lanjutan kontrak setahun bersama AC Milan dua bulan kemudian.

Artikel Berkaitan: