Lori pasir rempuh tiga kenderaan

Salah satu kereta yang terlibat dalam kemalangan terbabit. Foto PDRM
Salah satu kereta yang terlibat dalam kemalangan terbabit. Foto PDRM
A
A
A

PETALING JAYA - Sebanyak tiga buah kereta rosak teruk dalam kemalangan melibatkan sebuah lori pasir yang hilang kawalan di Lebuhraya Persekutuan, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 3 petang.

"Kemalangan melibatkan sebuah lori dan tiga buah kereta di Lebuhraya Persekutuan pada jam lebih kurang 1.30 petang.

Tiga kereta terbabit mengalami rosak teruk akibat rempuhan itu. Foto PDRM
Tiga kereta terbabit mengalami rosak teruk akibat rempuhan itu. Foto PDRM

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang dipandu seorang lelaki mengalami masalah brek gagal berfungsi menyebabkan lori terbabit hilang kawalan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Fakhrudin berkata, susulan itu, lori terbabit melanggar tiga buah kenderaan yang berada di laluan kiri arah sama lebuh raya berkenaan.

"Semua mangsa yang terlibat berada dalam keadaan selamat," katanya.

Sebuah lori pasir hilang kawalan dan merempuh tiga buah kereta berikutan kegagalan sistem brek. Foto PDRM
Sebuah lori pasir hilang kawalan dan merempuh tiga buah kereta berikutan kegagalan sistem brek. Foto PDRM

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ).

"Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hafeez Faesal di talian 011-32311232," ujar beliau.