Kerjasama Pas-UMNO makin diterima

Zulhazmi (tengah) masih diberi kepercayaan untuk memimpin Pas Kubang Pasu bagi sesi 2019/2021
Zulhazmi (tengah) masih diberi kepercayaan untuk memimpin Pas Kubang Pasu bagi sesi 2019/2021
A
A
A

JITRA - Kerjasama antara Pas-UMNO dilihat semakin diterima dalam kalangan ahli kedua-dua parti itu.

Yang Dipertua Pas kawasan Kubang Pasu, Zulhazmi Osman berkata, maklum balas positif itu menunjukkan kerjasama atas kepentingan agama Islam direstui pengundi.

Pihaknya kini sedang giat mengatur program untuk menyantuni ahli daripada kedua-dua parti dalam daerah itu.

"Antara program yang sering dijalankan secara bersama adalah ceramah dan juga sumbangan asnaf.

"Melalui program ini diharap hubungan di antara ahli kedua-dua parti semakin kukuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kubang Pasu kali ke-43 di Markas Pas Tok Kesop, di sini, semalam.

Zulhazmi (kanan) beramah mesra berrsama Qari jemputan, Radzi Shaari.
Zulhazmi (kanan) beramah mesra berrsama Qari jemputan, Radzi Shaari.

Zulhazmi berkata, mesyuarat agung kali ini juga mendapat sambutan ramai walaupun Pas kalah dalam PRU14 lalu.

Artikel Berkaitan:

"Seramai 300 perwakilan dan pemerhati yang hadir hari ini membuktikan bahawa ahli-ahli kita tidak berganjak dan masih berjuang bersama Pas.

"Lebih menggembirakan lagi, kita menerima seramai 150 ahli baharu dalam tempoh tiga bulan lalu," katanya.

Beliau berkata, jentera parti dan ahli di seluruh cawangan diharap terus memberikan sokongan demi agama.

Mesyuarat agung yang dirasmikan Bendahari Pas Pusat merangkap ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria itu menyaksikan Zulhazmi kekal sebagai Yang Dipertua bagi sesi 2019/2021.

Turut mengekalkan jawatan, Timbalan Yang Dipertua, Saarin Osman dan Naib Yang Dipertua, Rosli Azmi.